
Lelaki Ditikam, Sebelum Dilanggar Di Khalayak Ramai
VIRALMalam tadi heboh di Facebook tentang satu kes pembunuhan yang berlaku di khalayak ramai di Johor. Video berdurasi kurang daripada 2 minit itu dikatakan berlaku pada jam 7.30 malam di sebuah stesyen minyak di Taman Pelangi.
Lelaki berkenaan yang berusia dalam linkungan 30-an didapati mati selepas ditikam dan dilanggar menggunakan sebuah kereta jenis BMW.
Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd, mangsa dipercayai sedang mengisi angin tayar kenderaan yang dinaikinya sebelum tiba-tiba didatangi oleh empat lelaki. Berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa.
“Mangsa berjaya meloloskan diri dalam pergelutan tersebut namun suspek bertindak untuk menaiki kenderaan sebelum membuat pusingan dan melanggar mangsa. Suspek kemudian telah mengundurkan kenderaan dan melanggar mangsa sekali lagi sebelum melarikan diri,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Dalam pada itu, polis kini sedang mengambil keterangan daripada seorang wanita yang dipercayai isteri mangsa yang berjaya melarikan diri.
Kes berkenaan masih disiasat dan diklasifikisasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber : Bernama
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video