Lelaki Johor Jadi Jutawan Sekelip Mata! Menang "Lucky Draw" Bernilai 32 Juta!
TERKINITuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah yang berlaku terhadap seorang lelaki di Johor yang bekerja di Singapura apabila berjaya memenangi lucky draw Supreme Toto 6/58 bernilai RM32 juta pada Rabu lalu,
“Saya dan isteri sangat gembira kerana impian kami telah menjadi kenyataan,” kata lelaki berusia 44 tahun itu yang dipetik dalam catatan Sports Toto.
“Saya akan terus bekerja dan menggunakan wang kemenangan untuk membayar pinjaman perumahan, membeli beberapa hartanah, menubuhkan tabung pendidikan untuk kanak-kanak dan menderma kepada pertubuhan kebajikan,” tambahnya.
Lelaki bertuah itu bekerja sebagai penyelia untuk sebuah syarikat perdagangan di Singapura tetapi tinggal di Johor, menurut laporan The New Straits Times.
“Saya sentiasa bertaruh pada permainan Toto 4D Jackpot dan Supreme Toto 6/58 hanya untuk suka-suka, dan saya tidak pernah menjangkakan saya boleh menjadi pemenang jackpot suatu hari nanti,” katanya dipetik dalam laporan itu.
“Nombor kemenangan – 1, 3, 9, 11, 26 dan 47 adalah antara nombor kegemaran saya yang sering saya pertaruhkan,” tambahnya.
Wah sekelip mata je jadi jutawan, apa-apa pun memang respect sebab masih buat keputusan untuk terus bekerja!