Logo Baharu TMM2020 Mula 'Terbang' Bersama MAS

TERKINI
July 24, 2019 - 03:31 PM


Malaysia Airlines menjadi syarikat penerbangan pertama memaparkan logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang baru melalui penerbangan MH386 yang berlepas ke Shanghai.

Penerbangan berkenaan menggunakan pesawat A330-200 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Selain Malaysia Airlines, Firefly turut menyertai kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 sebagai sebahagian misi nasional untuk mempromosi kecantikan dan keunikan Malaysia.

Dalam pada itu, Malaysia Airlines turut menawarkan potongan harga tambang hingga 35 peratus ke semua destinasi rangkaiannya menerusi kempen Travelicious Deals yang berakhir 30 Julai ini.

Syarikat penerbangan berkenaan memaklumkan promosi terbaharu yang turut disertakan pelbagai pilihan hanya sah bagi tempoh perjalanan semasa hingga 31 Mac 2020.

Promosi Travelicious Deals itu menawarkan tambang pergi balik Kelas Ekonomi ke semua destinasi antarabangsa pada harga serendah RM419 ke Singapura, manakala ke Bangkok (serendah RM599), Hong Kong (serendah RM809), Seoul (serendah RM1,249), Osaka (serendah RM1,599) dan daripada RM1,649 ke Tokyo.

Sumber: Harian Metro