The Louvre Terpaksa Ditutup Gara Gara Pekerja Mogok, Kekurangan Kakitangan
TERKINIMuzium kesenian dan monument bersejarah terkenal di Perancis, The Louvre nampaknya terpaksa ditutup sementara selepas kakitangan keselamatan dan petugas mereka mogok dan ini membuatkan ribuan pengunjung terpaksa pulang dengan keadaan hampa.
Menurut laporan, The Louvre menerima sejumlah 10.2 juta pengunjung pada tahun lalu dan sekarang ini keadaan di sana agak ‘tenat’ disebabkan kegagalan pihak pengurusan untuk tangani masalah kebanjiran pengunjung ini.
Ini menyebabkan kesemua kakitangan dan keadaan di muzium berkenaan seakan-akan tidak dijaga.
Semalam, kira-kira 150 orang kakitangan muzium ikonik di Paris berkenaan berkumpul diluar muzium untuk menjalankan protes menentang isu kekurangan pekerja berkenaan.
Setakat ini, apa yang boleh dilakukan dan dicadangkan kepada Louvre adalah ; tambah bilangan pekerja, atau hadkan kemasukan pengunjung dalam sehari.
Difahamkan, muzium tersebut hanya tutup pada Isnin lepas dan kesemua pengunjung yang telah membeli tiket awal akan menerima pampasan.
Menurut akaun twitter rasmi muzium berkenaan, dijangakakan pengunjung akan bertambah dalam sehari dua ini, jadi mereka menasihatkan siapa-siapa yang berhajat nak ke muzium berkenaan supaya untuk membeli tiket atas talian.
Kalau korang antara yang dah merancang nak ke Paris dan melawat muzium ini nanti, cuba perhatikan akaun twitter rasmi muzium louvre ni.