COVID-19: Kini Giliran Muzium Louvre, Paris Pula Ditutup Kepada Pengunjung
TERKINISejak penyebaran wabak COVID-19 semakin berleluasa ke seluruh dunia termasuk beberapa negara baharu, banyak destinasi pelancongan terkenal terpaksa menutup operasi mereka daripada pengunjung luar.
Terbaru, tarikan popular di Paris iaitu Muzium The Louvre yang menempatkan lukisan tersohor dunia Mona Lisa hasil karya seni Leornardo Da Vinci -- juga terpaksa ditutup sementara kepada pelancong.
Keputusan untuk menutup sementara operasi muzium berkenaan disebabkan kebimbangan kakitangan muzium yang risau mereka berisiko untuk dijangkiti wabak Coronavirus berkenaan daripada ribuan pelancong yang datang dari seluruh dunia.
Meskipun, buat masa sekarang masih belum ada sebarang jangkitan kes terhadap kakitangan Muzium The Louvre.
Setakat Sabtu lepas (29 Februari 2020), Perancis dilapor telah merekodkan sebanyak 100 kes COVID-19, dengan 2 kematian.
Bukan sahaja muzium dan beberapa destinasi pelancongan terkesan dengan penularan COVID-19, malah acara pertunjukan tahunan dan larian maraton yang dijadual dilakukan di Paris turut dibatalkan penganjurannya.