Pertama Kali Dalam Tempoh 60 Tahun, Air Terusan Venice Kembali Jernih Gara-Gara Darurat Di Itali
TERKINIKeadaan semasa penularan COVID-19 di Itali semakin membimbangkan dari sehari ke sehari -- apabila kini negara itu mencatatkan KEMATIAN TERTINGGI hingga mengatasi China!
Semalam, Itali telah merekodkan 3,405 kematian melebihi China yang mencatat 3,245 kematian.
Perkembangan pandemik itu menyebabkan Itali berkemungkinan melanjutkan tempoh perintah berkurung yang dikuatkuasakan di negaranya.
Di sebalik berita yang menyedihkan itu, ada juga khabar positif yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter apabila lokasi pelancongan paling popular di negara tersebut iaitu Terusan Venice kembali bersih dan jernih buat pertama kalinya sejak 60 tahun lalu.
Levels of nitrogen dioxide pollution fell drastically in parts of Italy — a direct result of the country closing due to #COVID19 . Venetians say the water hasn't been this clear in 60 years. Air quality and pollution continues to clear. Some refreshing positive news for your TL🌎 pic.twitter.com/PxOAFV8ajd
— 바 네 사 🌙 (@finessabae) March 17, 2020
Kejernihan air di terusan berkenaan terbukti hingga menampakkan hidupan di bawahnya seperti ikan berenang-renang.
Perubahan memberangsangkan itu berlaku hasil penurunan secara drastik tahap pencemaran nitrogen dioksida di sebahagian kawasan di Itali gara-gara pengisytiharan perintah berkurung serta darurat yang dilaksanakan.
Venice sebelum ini sememangnya destinasi kegemaran pelancong dari seluruh dunia untuk menelusuri terusan dengan menaiki gondola.
P/S: Mungkin hikmah di sebalik penularan wabak COVID-19 ni, Bumi kita dapat 'berehat' seketika daripada pencemaran yang sering dilakukan angkara manusia.