Lumpuh Selepas Bermain Game Di Telefon Pintar Tanpa Henti

TERKINI
December 12, 2017 - 03:45 PM


Menurut kajian, kebanyakkan orang menghabiskan masa lebih daripada dua jam melihat skrin telefon. Lebih 2600 interaksi antara telefon bimbit terjadi dalam sehari.

Ketagihan telefon bimbit kini menjadi seakan-akan normal pada zaman sekarang ini. Sungguhpun, ketagihan yang dimaksudkan ini masih berada pada tahap ‘selamat’, ketagihan gadjet atau telefon bimbit ini sebenarnya boleh mendatangkan beberapa kemudaratan terhadap kesihatan tubuh badan kita.

Seperti yang berlaku di China, seorang lelaki berusia 29 tahun hari ini didapati lumpuh kedua tangan dan kaki akibat terlalu asyik bermain game pada telefon bimbitnya. Dek kerana nak naik level, lelaki berkenaan telah bermain permainan tersebut tanpa henti selama dua hari.

Beliau telah menundukkan kepalanya selama 48 jam tanpa henti untuk melihat skrin telefonnya dan selepas hari kedua, beliau merasakan sakit dan lenguh di bahagian tengkuk.

Tidak lama selepas itu, keempat-empat anggota badannya didapati tidak berfungsi dan lumpuh. Selepas ujian MRI dijalankan, didapati lumpuh terbabit disebabkan beberapa ketulan darah yang tersumbat di bahagian tulang belakangnya.

Perbuatan menundukkan kepala terlalu lama boleh mendatangkan bahaya...

Pakar ortopedik mengesahkan bahawa perbuatan lelaki terbabit yang menundukkan kepalanya kerana bermain game adalah punca kepada kondisi tersebut.

Pesakit itu kemudian terpaksa menjalanipembedahan bagi mengeluarkan darah beku terbabit dan sedang menjalani latihan fisioterapi.

 

Sumber : The Coverage