'Macam Pertunjukan Fesyen' - Jemaah Haji Bugis Makassar Ini Sakan Melaram Balik Mekah
TERKINIMungkin ada yang beranggapan setelah selesai mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah -- pastinya perjalanan pulang para jemaah akan diselubungi dengan penuh rasa keinsafan dan kesyukuran kepada Allah SWT di atas peluang keemasan itu.
Mana tidaknya ibadah haji kan merupakan Rukun Islam kelima yang menjadi kemuncak perjalanan hidup bagi setiap umat Islam di dunia.
Bagaimanapun berbeza pula dengan sekumpulan jemaah haji dari Makassar, Indonesia ini.
PERSIS PERTUNJUKAN FESYEN DALAM PESAWAT
@ravidhams Jamaah Haji Bugis Makassar jii😂😂#fypシ #tiktokindo #fypviral #fyp #fypage #jamaahhajiindonesia2022 #jamaahindonesia🇮🇩 #jamaahhaji2022 #makassar #makassarinfo ♬ Tang Tang Tang Viral TikTok ( KEJU JOGET ) - Dj Choko
Menerusi sebuah perkongsian video viral di aplikasi TikTok memaparkan sekumpulan jemaah haji yang dipercayai berketurunan Bugis sedang bergaya sakan di dalam pesawat yang membawa mereka pulang ke tanah air sekembalinya menunaikan ibadah haji.
Video yang dikongsikan oleh seorang kru kabin pesawat berkenaan telah merakam suasana meriah jemaah haji wanita itu persis di sebuah pertunjukan fesyen dan telah meraih lebih 2.1 juta tontonan.
Dengan kapsyen "Jemaah haji Bugis Makassar tak ada lawan bestie. Cantiknya. MasyaAllah," kelihatan beberapa jemaah wanita menggayakan pakaian berwarna-warni, lengkap dengan barang kemas dan cermin mata hitam.
Malah ada beberapa jemaah wanita warga emas di dalam pesawat berkenaan itu juga dilihat sedang bersolek di tempat duduk masing-masing sambil diperhatikan rakan yang lain.
Salah seorang jemaah yang tersenyum manis biarpun tidak mempunyai gigi penuh turut mencuit hati penonton.
KOMEN NETIZEN
"Faham, faham. Tak semua manusia boleh tinggalkan duniawi untuk kejar akhirat."
"Nak pergi haji atau nak pergi kenduri kahwin."
"Meriah betul pergi haji," tulis beberapa netizen.
CERITA NETIZEN BERKETURUNAN BUGIS RUPANYA IA MEMANG ADAT & TRADISI
Dalam pada itu, beberapa individu yang mengaku berketurunan Bugis turut berkongsi pandangan mereka berhubung video itu.
"Adat dan tradisi, susah dihapus. Nenek gua dulu juga begitu."
"Saya orang Bugis tapi Alhamdulillah keluarga saya tak begitu naik haji, pulangnya juga biasa je. Seperti orang-orang lain umumnya."
"Nak hairan, tapi mamaku dari 2004 rombongannya juga begini."
"Tapi memang budaya di Selatan Sulawesi (Sulsel) Bugis memang begitu. Daripada nenek-nenek dulu juga sudah begitu."
"Nak hairan tapi saya orang Bugis," tulis seorang lagi netizen berseloroh.