MAS, Malindo Turut Serta Halang Sebahagian Model Macbook Pro Untuk Bagasi Penerbangan

TERKINI
September 04, 2019 - 12:07 PM


Jika sebelum ini, beberapa syarikat penerbangan utama seperti Qantas Airways, Singapore Airline, Thai Airways mengambil langkan menghalang pembawaan Apple Macbook Pro 15-inci dalam bagasi penerbangan mereka, terkini Malaysia Airlines (MAS) juga turut serta dengan penghalangan tersebut.

Pertikaian yang dimulakan oleh European Union Aviation Safety (EASA) dan U.S Federal Aviation Authority (FAA) tersebut dikeluarkan selepas Apple memanggil semula Apple Macbook Pro 15-inci keluaran September 2015 sehingga Februari 2017.

Bermula 26 Ogos lalu, beberapa penerbangan utama telah mengeluarkan arahan untuk menghalang model Macbook Pro ini atas faktor keselamatan. Ini kerana terdapat kebimbangan yang bateri produk ini cepat panas dan dikhuatiri meletup.

Menurut satu kenyataan rasmi MAS, pengguna tidak lagi dibenarkan memasukkan model ini sebagai bagasi penerbangan kerana masalah bateri model ini yang dikatakan cepat panas dan meletup. Berikut adalah kenyataan rasmi Mas :

Sekiranya anda perlu membawa laptop atau mungkin anda mempunyai Macbook Pro 15 inci yang dinyatakan, anda masih boleh membawa sebagai hand-cary. Pihak MAS menegaskan model ini juga tidak dibenarkan sama sekali untuk digunakan atau dicas dalam penerbangan.

Undang-undang yang sama juga dikeluarkan oleh Malindo Air cuma ia tidak dibenarkan langsung sama ada checked in atau hand carry melainkan ada bukti yang bateri telah ditukar dalam program penukaran. 

Difahamkan, AirAsia juga mengenakan polisi yang sama terhadap perkara ini. 

Nota Editor : Biasakan barang-barang yang ada bateri yang tidak boleh dikeluarkan, atau barang berharga diletakkan dalam hand-carry. Selain laptop, barangan macam vape, powerbank, camera dan sebagainya, eloklah dibawa ke atas.

Bukan apa, kalau letak dibawah nanti, selain daripada faktor panas dan boleh meletup ni, kan bagasi tu dibaling-baling, takut rosak pulak nanti.