"MasyaAllah Oppa!" - Gelagat Lelaki Korea Cakap Arab Masa Interview Buat Netizen Kagum

TERKINI
December 01, 2022 - 05:38 PM


Demam Piala Dunia Qatar 2022 semakin dirasai. Setakat ini, perlawanan peringkat kumpulan hampir berkahir dan banyak 'upset' yang tercipta secara tidak langsung membuat lebih ramai peminat bola sepak teruja!

Di aplikasi TikTok ramai juga pelancong yang memuatnaik suasana bagaimana berada di Qatar baik di stadium ketika perlawanan berlangung, tempat penginapan, penerimaan warga Qatar, fasiliti yang disediakan dan bermacam lagi.

Viral baru-baru ini, video seorang gelagat seorang lelaki dari Korea Selatan yang datang ke Qatar untuk menyokong pasukan kebangsaannya tiba-tiba bertutur dalam bahasa Arab!

@qatarliving Qatar has truly won the hearts of people from every corner of the world! قطر تأسر قلوب المُشجعين من كافة الجنسيات والثقافات! 🎥: AlKass channel #qatar #qatarworldcup #قطر #qatarworldcup ♬ original sound - qatarliving

Menerusi video tersebut, pengacara pada awalnya bertanyakan beberapa soalan dalam bahasa inggeris namun selepas beberapa soalan secara spontan lelaki korea tersebut menjawab dalam bahasa arab dan juga sangat fasih!

Rupanya-rupanya, lelaki Korea itu merupakan seorang YouTuber dan TikToker bernama ‘Chomad’ di mana dia sering menghasilkan video travel ke negara Timur Tengah.

Reaksi wartawan tersebut yang terkejut dan teruja dengan kebolehan lelaki korea itu buat netizen terhibur. Rata-rata pelancong yang terbang ke Qatar untuk Piala Dunia menyatakan suasana di sana amat menyenangkan dan juga memberi review yang baik.