Melaka Bakal Ada 'Teksi Air' Macam Di Venice & Vancouver?

PANAS
June 03, 2019 - 01:56 PM


Ini berita baik kepada pengunjung dan pelancong yang mahu mengelakkan kesesakan ketika berjalan-jalan di tengah-tengah Bandar Raya Melaka!

Satu perkhidmatan baharu iaitu 'teksi air' dijangka akan diperkenalkan kepada orang ramai dan pelancong sebagai pilihan, terutama ketika melawat Melaka semasa musim perayaan atau cuti sekolah.

Inisiatif itu juga merupakan sebahagian daripada Projek Pembersihan dan Pengindahan Sungai Melaka Fasa 2, yang dilihat bakal menjadi satu lagi daya tarikan pelancong ke negeri bersejarah tersebut.

Wah...kalau teksi air Melaka ni jadi kenyataan, memang saing-saing 'water taxi' luar negara la kita macam Venice, Vancouver, Chicago dan Dubai! Hehehe....

Ini satu lagi berita gembira untuk korang yang suka melancong ke Melaka!

Bermula hujung tahun ini, Melaka River Cruise bakal memperkenalkan laluan baharu dengan memanjangkan laluan sedia ada hingga sejauh 10 kilometer.

Ketika ini laluan asal untuk perkhidmatan bot bagi membawa para pelancong berjalan-jalan menyusuri Sungai Melaka hanya sekitar 4.5 kilometer, bermula dari Jeti Pengkalan Rama hingga ke Dataran Sungai Melaka.

Namun pada bulan November atau Disember nanti, laluan baharu akan melibatkan Jeti Pengkalan Rama hingga ke Melaka Sentral.

Perjalanan laluan baharu Melaka River Cruise ini akan memakan masa 1 jam 45 minit.

Makin seronoklah korang jalan-jalan Melaka nanti, kan....

P/S: Sempena Aidilfitri, perkhidmatan Melaka River Cruise akan ditutup bermula 6 petang Selasa (4 Jun 2019), seterusnya cuti sehari pada Rabu (5 Jun 2019) & akan beroperasi seperti biasa pada Khamis (6 Jun 2019)

Sumber: BERNAMA

;