Cuti Sekolah Ni Jom Naik Melaka River Cruise, Ada Diskaun 30 Peratus!
TERKINIPertengahan bulan ini merupakan musim cuti sekolah bermula, dan jika anda sebagai ibu bapa tidak tahu nak membawa anak-anak bercuti ke mana -- lebih-lebih lagi dengan situasi semasa wabak COVID-19.
Mungkin anda boleh saja bawa mereka ke lokasi yang dekat-dekat seperti bersiar-siar menaiki bot Melaka River Cruise yang sedang menawarkan potongan harga tiket sebanyak 30 peratus untuk sepanjang bulan Mac ini.
Harga asal tiket untuk dewasa adalah RM25 dan dengan diskaun tersebut anda hanya perlu membayar sebanyak RM17.50 sahaja, manakala bagi kanak-kanak hanya dikenakan harga RM10.50.
Bagaimanapun, diskaun tersebut diberikan khas untuk pengunjung warganegara Malaysia sahaja.
Lebih menarik jika anda membeli tiket melebihi RM50, anda layak untuk menyertai peraduan cabutan bertuah bulanan yang menyediakan pelbagai hadiah lumayan seterusnya hadiah cabutan bertuah tahunan yang menawarkan hadiah utama berupa sebuah kereta Perodua Alza, motosikal Yamaha Y15ZR serta lapan hadiah misteri lain.
Tawaran diskaun harga tiket itu diberikan kepada pelancong domestik berikutan jumlah kedatangan pelancong yang berkurangan sejak Februari lepas akibat penularan wabak COVID-19.
Namun pihak Melaka River Cruise tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan menawarkan penutup hidung dan mulut kepada semua pengunjung, selain menyediakan hand sanitizer dalam usaha mencegah wabak itu.
Sumber: Berita Harian