Waterpark Bukit Merah Laketown Resort Tawar Harga Kaw-Kaw, 2 Orang Hanya RM30! Moh Lerrrr

TERKINI
October 13, 2020 - 05:05 PM


Walaupun ketika ini, rakyat di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya sedang diperintahkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 hingga 27 Oktober -- namun rakyat di negeri lain yang tidak terlibat dengan pelaksanaan tersebut masih lagi dibenarkan untuk Cuti-Cuti Malaysia dengan SOP ditetapkan.

Jika anda merupakan penduduk di Perak dan negeri-negeri berdekatan dan ingin membawa keluarga dan anak-anak bercuti pada hujung minggu atau hari cuti -- ini ada satu promosi menarik untuk anda!

Bukit Merah Laketown Resort mengadakan tawaran pembelian tiket murah dari 1 hingga 31 Oktober ini bersempena 'Laketown Waterpark Reopening Splash Time'. Beli sekarang, guna kemudian pun boleh.

Promosi yang ditawarkan adalah tiket :

HANYA RM 20 / orang
HANYA RM 30 / 2 orang

Kemasukan ke taman tema air tersebut adalah berdasarkan siapa cepat, dia dapat.

Ini kerana taman tema dihadkan untuk menerima hanya 2,000 orang pada satu-satu masa mengikut SOP PKPP yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

Untuk pengetahuan anda, Bukit Merah Laketown Resort ditutup pada setiap hari Selasa.

Jadi tunggu apa lagi, cepat-cepat beli tiket untuk bercuti ke sana dan pembelian boleh dibuat di https://bit.ly/BMRWPT1020 

Moh ler ke Bukit Merah Laketown Resort!

Destination: