Sky Mirror Buat Promosi Beli 2 Tiket Percuma 1, Cepat Grab Sampai Hujung Julai Ni Je!

TERKINI
July 08, 2020 - 01:34 PM


Siapa yang belum berkesempatan untuk berkunjung dan bergambar cantik seakan mempunyai refleksi pantulan cermin di Sky Mirror, Kuala Selangor?

Ini ada 1 tawaran menarik untuk korang yang memang dah lama teringin nak ke sana.

Sky Mirror World kini sedang menawarkan promosi beli 2 tiket dewasa dapat percuma 1 tiket kanak-kanak!

Bukan itu sahaja, malah korang juga bakal mendapat diskaun sebanyak 30% untuk dewasa dan 50% untuk kanak-kanak untuk pembelian tiket yang seterusnya.

Lagi best apabila Sky Mirror World turut menawarkan 2 pakej menarik yang berharga RM80 seorang dan korang boleh pilih sama ada nak ambil pakej untuk ke Sky Mirror ataupun pakej '3 in 1' -- yang meliputi aktiviti memberi makan helang, melihat kelip-kelip dan menikmati pemandangan indah ‘blue tears’.

Jika berminat korang boleh membuat tempahan dan pembayaran sebelum 31 Julai 2020 untuk tour yang bermula 30 Jun lepas sehingga 30 April tahun depan!

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran tersebut dan pelbagai pakej menarik lain, korang boleh layari www.skymirrorworld.com.

 

Destination: