MAS Tawar Potongan Harga Sempena YES Bermula 5-18 Nov Ini

TERKINI
November 05, 2019 - 04:00 PM


Kalau sebelum ni AirAsia buat Jualan Hebat akhir tahun dengan menawarkan 6 juta tempat duduk, kali ini giliran Malaysia Airlines pula.

Bersempena promosi Jualan Akhir Tahun (YES), MAS menawarkan potongan sehingga 30 peratus ke atas tambang Kelas Ekonomi dan sehingga 35 peratus untuk Kelas Perniagaan bagi semua destinasi bermula 5 hingga 18 November.

Promosi tersebut sah untuk perjalanan dari 5 November 2019 hingga 30 September 2020.



Dengan tawaran itu, pelanggan Kelas Ekonomi boleh menikmati perjalanan pergi-balik dan tambang termasuk semua untuk destinasi berikut :

1) Bali daripada serendah RM661

2) Seoul mulai RM1,299

3) Tokyo daripada RM1,569

4) Sydney daripada RM1,699

5) London daripada serendah RM2,999

Sementara itu, bagi yang melakukan perjalanan sehala dengan Kelas Ekonomi untuk ke destinasi tempatan, mereka boleh menikmati tambang termasuk semua daripada serendah RM89 bagi perjalanan ke Pulau Pinang, daripada RM129 untuk ke Kuching dan serendah RM179 bagi penerbangan ke Kota Kinabalu.

Malaysia Airlines berkata promosi itu terpakai bagi semua kategori tambang Kelas Ekonomi -- BasicSmart dan Flex -- untuk perjalanan antarabangsa serta Economy Lite untuk perjalanan tempatan sahaja.

Semua kategori tambang Kelas Ekonomi turut ditawarkan bersama hidangan ringan dan hiburan dalam penerbangan secara percuma serta elaun bagasi daftar masuk (kecuali Economy Lite) tanpa caj tersembunyi bagi pembelian secara dalam talian.

Bukan itu sahaja, malah Malaysia Airlines Holidays (MHholidays) secara eksklusif juga membuat tawaran potongan sehingga 50 peratus bagi pakej gabungan penerbangan dan hotel untuk semua penerbangan yang dikendalikan Malaysia Airlines.


Syarikat penerbangan itu juga menawarkan pelbagai perkhidmatan nilai tambah untuk dinikmati pelanggan semasa tempoh kempen, termasuk diskaun 22 peratus ke atas MHinsure dengan memasukkan kod promosi MHINSURE22 di https://mas-mawl.poweredbycovermore.com/, pakej nilai untuk 10 kilogram bagasi tambahan, tempat duduk standard serta pakej premium dengan akses ke Golden Lounge Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selain tempat duduk dengan ruang kaki lebih luas.

Potongan 11 peratus juga diberikan bagi perkhidmatan pengangkutan dari lapangan terbang ke tempat penginapan dengan memasukkan kod promosi MHYEARENDSALE di https://malaysiaairlines.conxxe.com/en/.

Sumber: Bernama

Destination: