'Jom Cuti Bersama Firefly' Tawar Penginapan Percuma & Diskaun Tiket Flight!

TERKINI
July 21, 2020 - 12:22 PM


Bagi yang ingin merancang Cuti-Cuti Malaysia bersama keluarga dan rakan-rakan, ini ada satu berita baik untuk anda! Syarikat penerbangan, FlyFirefly menawarkan pakej ‘Jom Cuti Bersama Firefly’ yang berupa PENGINAPAN PERCUMA 1 malam untuk tempahan minimum 2 malam bagi pembelian tiket penerbangan serta penginapan dengan menggunakan kod promosi “JOMCUTIKBR”. Tawaran pakej tersebut boleh ditempah mulai 20 hingga 26 Julai di laman sesawang fireflyz.com.my untuk tarikh perjalanan melancong bermula 27 Julai sehingga 31 Disember ini. Dalam tempoh yang sama, kempen ‘Super Fly’ oleh Firefly turut menawarkan diskaun harga tiket penerbangan antara 10 - 30 peratus bagi setiap pembelian 2 tiket ke atas! Pelancaran pakej terbaharu itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Philip See dalam Program Ekspresi Media Kelantan 2020 anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama kerajaan negeri Kelantan di Hotel Perdana Kota Bharu, baru-baru ini. Sementara itu, bagi memenuhi peningkatan permintaan tiket penerbangan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada hujung bulan ini -- Firefly yang memiliki rangkaian meluas antara Kota Bharu dengan Subang, Pulau Pinang dan terbaru, Johor Bahru bakal menawarkan penerbangan tambahan pada 29 dan 30 Julai ini. Malah, Firefly juga sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi SOP yang ketat untuk menjamin keselamatan dan kebersihan penumpangnya dalam fasa penerbangan norma baharu.
Destination: