AirAsia Akhiri Tahun 2019 Dengan Jualan Hebat 6 Juta Tempat Duduk!

TERKINI
November 01, 2019 - 03:34 PM


Wow...ini berita baik untuk korang yang ada rancangan untuk travel pada tahun 2020 & 2021!

AirAsia bakal melabuhkan tirainya pada tahun ini dengan tawaran jualan hebat sebanyak 6 juta tempat duduk.

Korang semua termasuk ahli AirAsia BIG bakal menikmati tambang promosi bermula daripada RM20* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Kuantan, Pulau Pinang, Kuching, Miri dan Sandakan serta daripada RM44* untuk penerbangan ke Belitung, Surabaya, Surat Thani, Krabi, Can Tho, Nha Trang dan banyak lagi.

Selain itu, tambang AirAsia X daripada RM199* dari Kuala Lumpur ke Xi'an, Jeju, Jaipur, Taipei, Melbourne, Fukuoka dan destinasi-destinasi jarak jauh lain yang menarik.

Bagi menikmati lebih keselesaan dan pelbagai kelebihan lain, tempat duduk Premium Flatbed juga menawarkan promosi daripada RM699* dari Kuala Lumpur ke Lanzhou, Osaka, Gold Coast and Seoul.

Menariknya, jualan hebat ini bukan hanya untuk tiket penerbangan, tetapi juga hotel, tawaran aktiviti, pakej percutian dan segala yang anda perlukan, semuanya ada di airasia.com.

Jadi tunggu apa lagi cepat tempah tiket penerbangan korang mulai 4 hingga 10 November ini untuk tempoh perjalanan antara 27 April 2020 dan 1 Mac 2021.

Bagi ahli AirAsia BIG, pengguna BigPay dan pemegang Kad Kredit AirAsia boleh menikmati akses jualan pada awal sehari iaitu mulai 3 November ini!

Sumber: Newsroom AirAsia

 

Destination: