AirAsia Lancar Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia

TERKINI
June 10, 2020 - 01:24 PM


Bermula hari ini, semua perjalanan rentas negeri dan aktiviti pelancongan domestik telah dibenarkan sebagaimana pengumuman Perdana Menteri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Susulan pengumuman kebenaran itu juga syarikat penerbangan tambah rendah, AirAsia melancarkan "Pas Tanpa Had" baharu untuk memacu pelancongan domestik Malaysia bagi menyokong usaha Kerajaan.

Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia yang ditawarkan dengan harga RM399 bersih, tersedia untuk semua Ahli AirAsia BIG di Malaysia di airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia (di bawah pautan Deals) dari 11 Jun 2020 (1000h GMT + 8) hingga 13 Jun 2020 (2359h GMT + 8).

Pas tersebut boleh mula dibeli sekarang untuk perjalanan pada bila-bila masa bermula 25 Jun 2020 hingga 31 Mac 2021.

Pas ini juga boleh ditebus untuk penerbangan ke 16 destinasi menarik di Malaysia iaitu Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan.

Kalau anda berminat untuk mendapatkan Pas Tanpa Had tersebut, anda boleh muat turun cara-cara pembeliannya di sini: MUAT TURUN PANDUAN AIRASIA UNLIMITED PASS CUTI-CUTI MALAYSIA

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Kami menyambut baik pembukaan semula perjalanan domestik menerusi pengumuman Perintah Pemulihan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh kerajaan pada awal minggu ini, dengan insentif seperti pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga bulan Disember 2021.”

“Ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita haruslah bekerjasama untuk memacu semula industri pelancongan negara. Kami juga berharap untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam industri pelancongan daripada pengusaha hotel kepada ejen pelancongan untuk mencapai objektif ini. Bagi AirAsia, Pas Tanpa Had ini adalah tawaran utama kami untuk para tetamu menebus penerbangan tanpa had dalam rangkaian domestik kami ke 16 destinasi.

“Dengan melakukan perjalanan domestik, kita semua bukan sahaja dapat menyokong masyarakat setempat, malah boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Dalam membuat perjalanan, kami meminta kerjasama daripada semua tetamu kami untuk mengamalkan kebersihan diri yang tinggi dan memakai pelitup muka.”

Sumber: AirAsia

Destination: