Pelanggan AirAsia Boleh Pilih Kredit Atau Tukar Tarikh Penerbangan

PANAS
May 21, 2020 - 01:47 PM


Para penumpang AirAsia yang mempunyai tempahan penerbangan antara 23 Mac dan 31 Julai 2020 kini boleh memilih antara Akaun Kredit dengan tempoh sah selama 2 tahun atau pertukaran penerbangan tanpa had untuk perjalanan sehingga 31 Oktober 2020.

Semua Akaun Kredit yang dikeluarkan sebelum ini untuk gangguan berkaitan Covid-19 akan turut diberi lanjutan tempoh sah secara automatik sehingga 2 tahun untuk perjalanan akan datang.

Pilihan yang tersedia untuk para tetamu dengan tempahan yang sah adalah seperti berikut :-

1) Pertukaran tarikh penerbangan tanpa had: Tukar tarikh penerbangan anda sebelum 31 Oktober 2020 di laluan yang sama tanpa had dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk; ATAU

2) Akaun Kredit: Kekalkan nilai tambang tempahan anda ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa 730 hari kalendar (2 tahun) bermula dari tarikh yang dikreditkan untuk perjalanan masa akan datang dan tarikh perjalanan boleh dibuat pada bila-bila masa selagi mengikut jadual penerbangan yang telah dikeluarkan di airasia.com.

Para penumpang yang layak boleh merujuk kepada Panduan Covid-19 untuk langkah-langkah berhubung dengan bot sembang AVA di support.airasia.com atau airasia.com untuk membuat pilihan mereka dengan segera.

Dalam minggu akan datang, tempoh sah untuk semua Akaun Kredit yang belum digunakan yang dikeluarkan untuk tetamu yang terjejas akibat gangguan perjalanan Covid-19 terdahulu akan turut dilanjutkan secara automatik kepada 2 tahun.

Tiada tindakan susulan diperlukan daripada para penumpang.

Semua maklumat ini terpakai hanya untuk tempahan dalam talian yang dibuat secara langsung dari laman web airasia.com.

Manakala untuk tempahan berkumpulan atau tempahan yang dibuat melalui ejen pelancongan, sila rujuk kepada ejen anda untuk bantuan seterusnya. 

Sumber: Newsroom AirAsia

Destination: