Wow, AirAsia X Tawar 'Free Seat' Untuk 1 Juta Tempat Duduk!

TERKINI
February 24, 2020 - 12:23 PM


Buat pertama kali dalam sejarah, syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menawarkan pelanggannya 1 juta tempat duduk pada tambang sifar ke pelbagai destinasi jarak jauh popular -- termasuk Australia, Jepun, Korea, Taiwan dan India.

Tambang promosi yang ditawarkan oleh syarikat sekutunya, AirAsia X adalah percuma, tidak termasuk cukai dan yuran.

Promosi ini merangkumi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Melbourne (Avalon), Gold Coast, Perth, Sydney, Fukuoka, Tokyo (Narita), Seoul, Busan, Taipei dan Ahmedabad.

Bagi yang berminat dengan tawaran istimewa ini, korang hanya mempunyai kurang 72 jam sahaja dari sekarang Isnin (24 Februari 2020) hingga Rabu (26 Februari 2020) untuk menempah tiket penerbangan dengan melawat airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia.

Kesemua tiket itu adalah untuk tempoh penerbangan antara 1 Mac 2020 hingga 31 Oktober 2020!

Sumber: Newsroom AirAsia

 

Destination: