Taman Tema Air Hasbro Pertama Dunia Bakal Dibuka Di Kuala Linggi, Melaka

TERKINI
September 10, 2019 - 05:45 PM


Ingatkan projek pembangunan Malaysia Tourism City (MTC) di Kuala Linggi, Melaka hanya ada LuaSempit iaitu ala-ala pasar Chatuchak seperti di Bangkok.

Artikel terdahulu: LuaSempit @Kuala Linggi, Melaka Bakal Jadi Chatuchak Versi Malaysia!

Rupa-rupanya, MTC yang dibangunkan oleh Meridian Berhad itu juga bakal mempunyai Taman Tema Air Hasbro pertama di dunia tau!

Kalau korang nak tahu, Hasbro ini merupakan jenama permainan antarabangsa dengan kira-kira 1,000 hak intelek seperti Nerf, My Little Pony, Mr Potato Head, Play-Doh, Battleship, Monopoly, Elefun & Friend dan Mousetrap.

Perjanjian pelesenan itu diperoleh melalui M101 Holdings Sdn Bhd, sebuah entiti persendirian Pengarah Eksekutif Meridian, Datuk Seth Yap yang baru saja memeterainya bersama Hasbro Live.

MTC dengan keluasan 251 hektar itu merangkumi 4 cabang utama iaitu pelancongan massa, pelancongan kesihatan, pelancongan pendidikan dan eko-pelancongan.

Fasa pertama akan dilancarkan tahun ini dengan pembinaan beberapa tarikan utama pelancongan seperti Pasar Minggu LuaSempit, sebahagian daripada taman tema serta hotel.

Apabila projek MTC siap kelak, 2 juta pengunjung disasarkan akan melawat ke destinasi pelancongan tersebut dengan 1.5 juta pelancong dijangka bermalam di Melaka.

Sumber: Berita Harian