Akibat Pencemaran, Melaka River Cruise Mungkin Digantung Operasi

TERKINI
May 21, 2019 - 10:16 AM


Perkhidmatan Melaka River Cruise mungkin terpaksa digantung sementara berikutan pencemaran air serta bau di lokasi pelancongan di Taman Rempah, sejak Ahad lalu.

Memetik laporan Harian Metro, pencemaran air hingga berwarna gelap, selain bau busuk sedang diatasi namun jika keadaan bertambah buruk, operasi bot untuk membawa pelancong tempatan dan antarabangsa mengelilingi Sungai Melaka itu terpaksa dihentikan sementara waktu.

Ini kerana pihak Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka masih menjalankan aktiviti pembersihan dengan memungut bangkai ikan di permukaan air.

Gambar Hiasan

Seramai 60 kakitangan kini giat melakukan kerja-kerja pembersihan selepas banyak aduan diterima daripada pelancong yang menggunakan perkhidmatan Melaka River Cruise.

Berdasarkan siasatan, air berwarna hitam bermula dari Batu Hampar, Batu Berendam, dipercayai mengalir ke Sungai Melaka hingga ke Taman Rempah di mana lokasi bot River Cruise beroperasi, iaitu kira-kira sepanjang 3 kilometer.

Kejadian pencemaran melibatkan Melaka River Cruise ini adalah yang pertama seumpanya sejak tahun 2006.

Setakat ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kesihatan sudah dimaklumkan dan berharap masalah terbabit dapat diatasi segera.

P/S: Mengikut maklumat yang diterima pada hari ini daripada pihak Pengurusan Melaka River Cruise, adalah dimaklumkan operasi Melaka River Cruise dihentikan sementara berikutan paras air sungai tinggi dan arus deras. Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi :

Kaunter Taman Rempah 06-2861530
Kaunter Muara Sungai 06-2861531