Melampau Tuduhan Remy Ishak Ajak Masuk Bilik Dan Minum Minuman Keras!

TERKINI
February 12, 2019 - 04:15 PM


Huh aloh abang Remy Ishak pula dituduh ajak main dan minum minuman keras. Tuduhan ini agak melampau buat abang Remy. Abang Remy tak macam tu dik!

Satu tuduhan yang agak berani buat netizen ketas pelakon macho ini. Katanya abang Remy pernah ajak masuk bilik selepas minum minuman keras. 

Remy Ishak merupakan salah sorang artis yang boleh dikatakan bersih dari gosip-gosip liar, namun adat sebagai anak seni tidak akan lari dari fitnah dan kecaman netizen yang kini semakin berani melempar kata-kata fitnah di media sosial. Asakan dapat populariti ianya sudah memadai tanda menghirau dosa pahala.

Terbaru nama Remy dikaitkan sebagai bukanlah seorang yang "behave". Seperti yang kita sedia maklum reputasi Remy Ishak memang boleh dipuji.  Dia dipuji-puji disebabkan tidak mengabaikan ibadah wajib itu walaupun sibuk menjalani penggambaran.

Sejuk hati peminat-peminat, maklumlah kacak dan beriman. Pasti nak meletup 'ovari' masing-masing. Tapi tak semua setuju bila ada sebahagian yang mendakwa Remy bukanlah sebaik yang disangka

Baru-baru ini di Twitter, seorang pengguna yang menggunakan akaun @penumpahteh memuat naik paparan skrin. Menurut apa yang dipaparkan, memang agak terkejut juga bila mengetahi perangainya.

Bagi kami tuduhan ini agak melampau. Diharap Remy ambil tindakan ke atas pengguna media sosial tersebut.