
Mencari Rumah Pertama? Apa Kata Anda Mohon Skim MyDeposit Ni...
VIRALPembelian rumah pertama kelihatan agak sukar kepada generasi muda masa kini. Rata-rata kelihatan ‘terpaksa’ tinggal dirumah sewa berikutan harga rumah yang mahal. Lagi-lagi di kawasan bandar.
Namun begitu, sekiranya anda berhajat nak dapatkan rumah pertama, mungkin anda boleh memohon untuk Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama atau MyDeposit.
Permohonan bagi tahun 2018 telah dibuka menurut kenyataan Timbalam Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd. Sadique kepada Utusan semalam.
Orang ramai yang ingin memohon untuk skim berkenaan boleh berbuat demikian di sprn.kpkt.gov.my
Syarat Permohonan :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun keatas
- Pembelian Rumah Pertama
- Pendapatan Isi Rumah Antara RM 3000 - RM 10,000 Sebulan
MyDeposit ini merupakan produk khusus yang diperkenal oleh kerajaan bagi membantu golongan pertengahan untuk memiliki rumah pertama. Dikatakan kerejaan memperuntukkan RM 25 juta bagi meneruskan skim berkenaan pada tahun hadapan.
p/s: Semasa artikel ini ditulis, kami dah cuba buka pautan yang disediakan namun, gagal nak akses, mungkin trafik terlalu tinggi. Kami nasihatkan, cuba waktu tengah malam. =D
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video