Mengalir Airmata Seorang Peniaga Apabila Nasi Lemak RM5, Dikatakan Mahal

TERKINI
September 28, 2022 - 06:00 PM


Seperti sediamaklum, negara sedang berdepan dengan tekanan ekonomi yang mencabar. Semua orang terasa dengan kenaikan harga barang, terutamanya para peniaga makanan.

Viral di platform TikTok, melalui akaun @toklee_granpader di mana beliau merupakan seorang peniaga nasi lemak di Pulau Pinang.

Beliau memuatnaik satu video yang jelas memaparkan kekecewaannya terhadap pelanggan yang mendakwa nasi lemak yang dijualnya mahal.

@toklee_granpader dah letih nk hadap semua ni. tolong atok share hal ni. #cyzbca #fypage #viraltiktok ♬ original sound - toklee_granpader

Menerusi video selama 5 minit itu, atok mempertahankan mengapa beliau menjual nasi lemaknya pada harga RM 5 dengan membandingkan nasi lemak yang dijual pada harga RM3.

Ramuan kedua-dua hidangan hampir sama. Lengkap dengan telur rebus, timun, kacang dan juga ikan bilis. Yang membezakan adalah daging pada tanda harga RM5 lebih banyak kalau dibandingkan dengan RM3.

Netizen berpendapat, nasi lemak atok cukup berbaloi dan padan dengan harganya. Mereka juga menyatakan sokongan kepada beliau agar terus cekal berniaga dan tabah menghadapi kerenah pelaggan.

@toklee_granpader jatuhnya air mata atok,utk sahabat tt semua.. #cry #xzybca #fypシ ♬ original sound - toklee_granpader

Kita sebagai pelanggan, kadang-kadang perlu bertimbang rasa juga. Bukan fikir kita je nak murah. Ramai peniaga jalanan sedang menghadapi kesukaran. Sama-sama kita menyokong dan membantu antara satu sama lain.

Destination: