Mohon Permit Untuk ‘Acara Kebudayaan’ - Penganjur Neon Countdown Ditahan

VIRAL
January 03, 2019 - 04:16 PM


6 individu yang bertanggungjawab menganjurkan acara Neon Countdown telah ditahan pihak berkuasa kerana menipu tentang acara mereka.

Dalam laporan di China Press, pihak penganjur memohon permit dengan pihak polis dan Majlis Perbandaran Port Dickson untuk ‘acara kebudayaan’ yang akan diadakan di Lukut, Negeri Sembilan pada 31 Disember lepas.

Memang kalau nak difikirkan, celah mana acara kebudayaan nya Neon Countdown tu. Kalau google pun, sah-sah keluar gambar ‘rave party’. Pelik jugak macam mana pihak polis dan majlis perbandaran boleh luluskan. Tak reti nak google dulu ke?

Bukan menidakkan hak nak adakan acara tersebut, tapi soalnya disini, kenapa perlu nak menipu untuk dapatkan permit. Kalau nak diikutkan, permit hanya dikeluarkan untuk pertunjukan bunga api dan memang dari awal lagi dah dapat bantahan daripada beberapa NGO dan penduduk sekitar tempat berkenaan.

Asalnya, acara rave berkenaan dijadualkan berlangsung di Litar Sepang, tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan (yang kami jangka kelulusan permit) ia dipindahkan ke Lukut, TIGA hari sebelum acara berlangsung.

Oh, berbalik kepada penganjur tadi, sekarang ni diorang berdepan dengan dua pertuduhan; satu dibawah Akta Perhimpunan Aman 2012; kedua dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 sebab ada beberapa jenis dadah ditemui di lokasi acara tersebut. Antaranya 30 pil Ecstasy, 5 biji Erimin, 1 gram Ketamin dan ganja.

Sumber berita : SinarHarian, China Press | Gambar : Facebook Neon Countdown

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video