"Motor Macam Bot Dia Buat!" - Aksi Abang Panda Sanggup Redah Banjir Demi Pelanggan Buat Netizen Terharu

TERKINI
November 11, 2022 - 11:34 AM


Sejak Covid-19 melanda, menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan sudah menjadi satu norma dalam kehidupan kita. Bahkan bukan saja mereka yang duduk di bandar, di kawasan kampung pun ada yang menggunakannya.

Viral di platform TikTok, video yang dimuatnaik oleh @echa.cha__  berjaya menarik perhatian netizen.

@echa.cha__

ada yang kenal kaaa πŸ˜†

♬ αžŸαŸ†αž‘αŸαž„αžŠαžΎαž˜ - πŸ‡°πŸ‡­αž‡αžΈαžœαž·αžαž€αžΌαž“αž€αŸ†αž–αŸ’αžšαžΆπŸ™‚πŸ₯Ί - πŸ’“αžŸαžΆαž˜αžŽαŸαžš πŸ’“αž•αžΆαž“αŸ‹αž“αžΈ πŸ‡°πŸ‡­

Berdasarkan video tersebut, kelihatan seorang penghantar makanan sanggup meredah banjir demi pelanggan biarpun paras air melebihi ketinggian tayar motosikalnya! Video tersebut dimuatnaik pada 6 hari yang lalu. 

Memang kena lah dengan keadaan cuaca negara ketika ini yang sedang dilanda musim monsun menyebabkan hujan lebat berterusan kerap berlaku. Beberapa kawasan di Selangor turut banjir.

Walaupun negara dilanda cuaca yang tidak menentu, khidmat dan servis yang diberikan oleh para penghantar makanan tetap dihargai dan mereka masa bersemangat dalam menjalankan tanggungjawab demi mencari rezeki! Salute!

Destination: