Mufti Wilayah Persekutuan Terima Kunjungan Johan & Iqram

VIRAL
January 22, 2018 - 12:14 PM


Golongan alim ulama adalah pihak yang dipandang tinggi oleh masyarakat kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Selain tinggi dengan ilmu agama, mereka sentiasa mampu menangani permasalahan serta bijak bagi mengelakkan orang kebanyakkan terasa ‘jauh’ daripada mereka.

Terkini, Mufti Wilayah Persektuan, Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri melalui Facebooknya berkongsi pengalaman menerima kunjungan daripada Johan As’ari serta Iqram Dinzly di kediaman beliau.

Menurut posting Dr. Zulkifli, beliau bersyukur kerana dua pelakon tersebut melawatnya dirumah sambil mendengar isu dan permasalahan yang melanda mereka berdua.

Menurut beliau lagi, sesi berkenaan dianggap sebagai sesi taaruf atau suai kenal antara mereka dan beliau berharap agar dapat menyelesaikan apa yang dialami oleh Iqram dan Johan.

Dalam pertemuan terbabit, Dr. Zulkifli bermurah hati menghadiahkan buku, jubah, kopiah dan 2 ekor arnab kepada kedua-dua pelakon terbabit.

“Setiap tanda ingatan yang kami berikan, sebenarnya ada hasrat tertentu yang ingin disampaikan kepada Johan dan Iqram”.  

Buku yang dihadiahkan itu sudah tentulah untuk dibaca, manakala jubah dan kopiah supaya mereka berdua terus beristiqomah dan bersemangat dalam ibadah. Dua ekor arnab tersebut pula supaya Iqram dapat meneruskan hobinya dengan gembira dan tenang.

 

Sumber : FB |  Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video