Altimet Sound Iqram Dinzly Gara-Gara Cuba Ceroboh Persembahannya Di AJL!

TERKINI
February 14, 2018 - 10:32 AM


Nama Altimet jadi bualan ramai orang sejak persembahannya di AJL menerusi lagu ‘Amboi’ memenangi kategori persembahan terbaik.

Walaupun tak ramai yang tahu, rupanya ada sedikit insiden yang tak best berlaku di belakang pentas semasa persembahan Altimet tersebut!

Menerusi tweet Altimet, beliau dedahkan rupa-rupanya Iqram Dinzy cuba nak naik stage semasa persembahannya. Namun dapat dihalang oleh petugas-petugas Media Prima Berhad.

Luahan Altimet Di Twitter.

“Baru dapat tahu masa AJL hari tu Che Iqram nak naik stage masa aku perfiorm. Syabas kepada staff Media Prima Berhad sebab lindungi dia dari kecederaan”.

Tambah Altimet lagi, adat pemuzik hip-hop ini berlainan sedikit. Jika tidak diundang, macam-macam boleh jadi.

Dikatakan tindakan Iqram tersebut dilakukan tanpa persetujuan atau pengetahuan pihak produksi. Termasuklah penampilannya pada persembahan Hael di penghujung acara.

Menurut Altimet, dia bertindak untuk meninggalkan pentas utama ketika Hael menyanyikan lagunya selepas diumumkan sebagai pemenang lagi-lagi apabila lihat Iqram turut naik ke pentas bagi meraikan kemenangan Hael.

Makin menjadi-jadi nampaknya Iqram Dinzly ni. Haritu kacau persembahan Nabila Razali. Kali ni cuba buat hal dekat majlis anugerah rasmi pulak.

Kemaruk perhatian sangat ke Iqram?

Dengar cerita ini tahun akhir Altimet... Cuba baca apa dia cakap ni kat entri ini...