“Saya Bersara Bukan Macam Malique” – Altimet

TERKINI
February 14, 2018 - 04:02 AM


Ahmad Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet menyifatkan persaraannya hujung tahun ini tidak akan mengikut jejak langkah seperti Malique Too Phat.

Tambahnya lagi, bidang nyanyian akan ditinggalkan sepenuhnya terutamanya rap yang banyak mempengaruhi hidupnya.

“Saya tidak berminat jadi macam Malique. Saya mahu bila berhenti, terus berhenti” katanya lagi.

Altimet ditemui selepas acara Anugerah Juara Lagu (AJL) selepas beliau Berjaya memenangi persembahan terbaik kelmarin.

Altimet, 39,membuat keputusan untuk bersara sebagai penyanyi pada 27 November tahun ini.

Tarikh itu diambil sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-40 dan satu dekad penglibatannya dalam arena muzik.


Bercerita tentang kejayaan di AJL kelmarin, Altimet berkata persembahan terbaik memang menjadi sasarannya di pentas berprestij itu. 

“Seperti bola sepak, bukan semua menjaringkan gol. Penjaga gol perlu menyelamatkan gawang. Saya semasa persembahan mahu satu dewan menyanyi.

“Bila itu berlaku, saya sudah capai objektif yang saya letakkan,” katanya.

Altimet berkata tips itu antara yang dikongsikan penyanyi Azlan & The Typewriter bagi menyerlahkan Amboi pada malam AJL.

Dengar cerita Iqram Dinzly cuba ceroboh persembahan dia malam tu... Baca cerita penuh kat sini.

 


Sumber : MalayMailOnline