Dagu Penunggang Motor Terkoyak Terkena Benang Melintang Di Lebuhraya SUKE

TERKINI
May 14, 2024 - 12:34 PM


Jika ditanya kebanyakan penunggang motosikal, pasti mereka berkongsi pendapat yang sama bahawa menggunakan laluan motosikal pada lewat hari mengundang risiko dan boleh membahayakan diri.

Laluan motosikal tertentu yang sunyi serta agak jauh daripada pandangan pengguna lain di laluan utama sering dijadikan 'port' untuk samun. Baru-baru ini seorang penunggang motosikal berkongsi pengalaman ngeri ketika melalui laluan motosikal di Lebuhraya SUKE

Pemuda yang bernama Muas memuatnaik gambar yang memaparkan dagunya yang terbelah dipercayai akibat adanya benang melintang pada jalan di Lebuhraya SUKE (selepas exit Taman Kosas, Ampang) menghala ke tol Bukit Teratai. 

Mujur dia sempat untuk menarik benang tersebut dari menyebabkan kecedaraan yang lebih parah. Disebabkan itu jarinya turut terbelah.

Inisiden ini turut menarik perhatian Adun Lembah Jaya. Altimet menegaskan isu ini akan dibawa pada sesi town hall IPK Selangor. Tambahan, IPD Ampang Jaya turut mengambil maklum berkenaan dengan kejadian ini.

Destination: