Buli Cyber, Depresi dan Bunuh Diri Isu Iqram Dinzly Tidak Boleh Diambil Mudah

TERKINI
January 09, 2018 - 04:20 PM


Admin tertarik dengan cerita ulasan dari laman web iluminasi tentang masalah yang di hadapi oleh mereka yang sering menjadi mangsa buli di cyber. 

Sejak wujudnya media sosial, kes-kes kemurungan dan bunuh diri semakin meningkat disebabkan banyak berlakunya kes buli siber namun masih ramai mengambil mudah isu ini. Iqram Dinzly mendapat banyak komen negatif apabila bertindak pelik seperti menyanyi, menari dan bermain dengan alatan tajam

Netizen ramai yang mengecam apa yang telah dilakukan oleh Iqram Dinzly dan ini juga boleh membawa kesan yang besar kepada dirinya. Individu-individu yang menghadapi masalah kes buli siber mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk membunuh diri setelah mendapat kecaman dan sindiran hebat daripada netizen.

Internet pada satu peringkat boleh memberi kelebihan kepada pengguna seperti mereka yang mahu mencari info boleh ke Google dan Wikipedia tetapi jika ia disalahguna, internet juga boleh memberi kesan yang besar kepada pengguna. Pengguna internet tidak sedar walaupun sindiran kecil boleh memberi impak yang negatif kepada mereka yang terkesan.

Ramai yang sebenarnya memerlukan bantuan dan sokongan moral tetapi apa yang mereka dapat hanyalah komen-komen negatif. Kesimpulannya, kes bunuh diri bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah dan netizen mampu mengubah keseriusan masalah ini dengan melaporkan kes buli siber kepada pihak berkuasa dalam masa yang sama kurangkan menyebarkan pengaruh negatif di ruang-ruang komen.