Mulai 2018, Pekerja Hilang Kerja Boleh Dapat Elaun RM600

TERKINI
December 06, 2017 - 12:43 PM


Berita baik buat semua pekerja swasta.Mulai tahun hadapan, pekerja yang kehilangan pekerjaan layak menerima elaun tunai berjumlah RM600 sebulan bagi tempoh maksimum tiga bulan di bawah Sistem Insuran Pekerjaan (SIP)

Hal tersebut dijelaskan oleh Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed. Beliau berkata, kerajaan memperuntukkan RM122 juta kepada Perkeso untuk melaksanakan SIP itu.

“Melalui program SIP juga, mereka yang menjalani perletakan jawatan secara sukarela (VSS) dan tamat tempoh kontrak perkhidmatan juga layak menerima faedah berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Dijangka seramai 57,282 individu menuntut faedah berkenaan yang melibatkan RM103 juta tahun hadapan. SIP akan mula dilaksanakan Januari depan bagi membanti pekerja swasta yang kehilangan kerja.