Muzium China Tawarkan Pengalaman Bermalam Dengan Mumia
TERKINISebuah muzium di China baru-baru ini muncul dengan tawaran yang pelik dan kedengaran tidak masuk akal. Namun, jika anda salah seorang peminat ‘dark tourism’, mungkin pengalaman ini akan mengujakan anda.
Bukan selalu pihak muzium benarkan pengunjung untuk bermalam di muzium, apetah lagi tidur bersebelahan dengan artifak dan mumia yang telah berusia ratusan tahun.
Menurut China Press, Muzium Turpan di Xinjiang ini telah menyediakan khemah di kawasan pameran di mana mumia dan fosil ini ditempatkan. Difahamkan, kedua – dua mumia yang tersimpan dalam peti kaca ini telah berusia lebih daripada 3,000 tahun.
Jurucakap muzium mengatakan pengalaman bermalam di muzium ini diharapkan dapat memberikan pengalaman serta pembelajaran kepada pengunjung.
Setakat ini, tawaran tersebut mendapat sambutan daripada pengunjung muda yang berminat dengan sejarah China dan kebudayaan mereka sendiri.