Pemilik Rumahku Muziumku Di Melaka Nekad Tutup Gara Gara Pengunjung ‘Panjang Tangan’

TERKINI
October 22, 2019 - 03:29 PM


Malaysia bukan tidak ada tarikan yang menarik, malangnya inilah realitinya… barangan dicuri oleh pengungung yang ‘gatal’ tangan dan tak pandai menghargai.

Sumber : Flickr

Nordin Ali, pemilik muzium persendirian ‘Rumahku Muziumku’ yang terletak di Kampung Padang Temu, Melaka baru-baru ini dalaporkan nekad untuk menutup muzium persendian miliknya tersebut dek kerana barangan antik miliknya kerap hilang dan dicuri pengunjung.

Terbaru, rumahnya itu menjadi sasaran pencuri dan mangkuk tembaga yang dibeli dengan harga RM1,800 pada 10 tahun yang lalu didapati hilang, termasuk setereka antik yang dipamerkan di muzium persendirian miliknya tersebut.

Nordin dengan nada kesal dalam satu temuramah bersama Harian Metro mengumumkan keputusan nekadnya untuk menutup muzium ini kepada lawatan orang ramai untuk mengelakkan kejadian ini daripada terus berlaku.

Difahamkan, sebelum ini beberapa koleksi lain pernah hilang dicuri temasuklah dua bilah keris yang berusia lebih 100 tahun, kacip tembaga, kerambit, bakas kemenyan dan pelbagai lagi barangan antik termasuklah sepasang mangga dan kunci lama dari China bauta tahun 1800.

Nilai kerugian bukan keutamaan tetapi pemilik ternyata sedih kerana barangan yang hilang adalah satu seumpamanya dan tiada atau sukar dicari ganti.

Sebuah pelamin melayu lama yang ada dalam koleksi En Nordin

Muzium yang dibuka sejak 2002 ini mempunyai lebih daripada 2500 koleksi artifak antik. Antara yang ‘rare’ boleh diperkatakan ialah peti radio berusia lebih 120 tahun, set pinggan mangkuk antik dan lampu isyarat kereta api arang batu yang dianggarkan berusia 115 tahun.

Kredit Foto : Blog | RumahkuMuziumku

Destination: