Myvi Kena Flip Ramai-ramai, Rupanya Abang Rider Yang Langgar Lampu Merah!
TERKINIViral di semua platform media sosial, satu dimana sebuah Perodua Myvi diterbalikkan orang ramai. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor pada hari khamis malam, 3 November 2022.
Pada awalnya, kemarahan orang awam itu berpunca dari pemandu Myvi tersebut didakwa melanggar lampu merah dan melanggar rider penghantar makan. Tak cukup dengan itu, ada saksi yang mendakwa pemandu Myvi yang sudah ditahan dalam kereta peronda polis membuat provokasi terhadap orang awam.
Ternyata, semua dakwaan itu salah. Rakaman dashcam dari Myvi berkenaan membuktikan bahawa lampu masih belum bertukar kuning ketika ia tiba di persimpangan tersebut. Tetapi ia sudah berkelip memberi amaran bahawa ia hampir bertukar kuning, membuktikan bahawa rider penghantar makanan tersebut yang sebenarnya melanggar lampu merah.
Selain itu, pemandu Myvi tersebut juga tidak melarikan diri bahkan terus menelefon ambulan untuk mangsa kemalangan mendapat bantuan rawatan dengan segera.
Dan dia tk lari 😭😭😭 pic.twitter.com/gOdGU9AABx
— ダニエル (@fikeriy) November 5, 2022
Setakat ini polis telah menahan 9 lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.