Nabila Huda Bengang, Korang Dengan Falsafah Korang Boleh Pergi Mampus!

VIRAL
February 13, 2019 - 04:48 PM


Nampaknya selebriti sekarang sudah tidak boleh tahan dengan perangai netizen yang suka melontarkan kata-kata ikut sedap mulut sahaja. Seorang demi seorang tampil sekolahkan netizen. Terbaru Nabila Huda pula tampil mengkritik netizen yang suka memberi komen negatif terhadap artis.

“Saya tak sanggup untuk baca dan tengok rakan di dalam industri ditindas, dicaci di khalayak ramai, jahat, bawa pengaruh buruk, neraka tempat kami. Saya rasa ini sudah terlalu melampau.

“Tidak ada langsung kebaikan daripada kami yang bergelar retis ini. Macam mana mereka boleh berkata yang buruk-buruk tentang kami. Adakah peminat tahu bagaimana susahnya kami dalam melakukan pekerjaan?”

“Korang dengan falsafah korang boleh pergi mampus! Kami pun manusia juga. Kami buat salah, kami buat perkara jahat, kami menyesal. Kami juga jatuh cinta dan lakukan banyak perkara untuk memastikan kami sentias gembira.

“Kami ada keluarga. Kami juga ada agama. Kami cuma manusia. Cuma bezanya adalah kami dikenali. Tapi itu tak bermaksud kami perlu jadi sempurna untuk anda.

“Please la stop minta maaf secara terbuka. What for? Kenapa nak minta maaf kepada satu Malaysia? We’re human being. Kita memang akan buat salah. Bila kita minta maaf ikhlas, deorang cakap wehh senang la artis, salah je minta maaf. Apa pun minta maaf, settle,” 

Apapun Nabila jika berperang dengan netizen memang tiada penghujungnya. Mereka lagi seronok jika artis melayan komen-komen negatif mereka. Apa yang boleh lakukan just ignore jer. Buat baik macam mana pun tetap mereka akan komen benda negatif. That's how it work sekarang! 

 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video