Natizen Bising AME2018 Calonkan Izreen Dan Bukannya Fattah & Fazura Dalam Kategori Couple Meletop

TERKINI
January 25, 2018 - 12:04 PM


Nampaknya ‘perang dingin’ Anugerah MeleTOP ERA 2018 (AME 2018) masih belum reda lagi buat masa ini!

Semakin ramai nampaknya yang menjadi ‘hakim’ dan tidak kurang juga yang bertindak sebagai ‘nasi tambah’ sehingga membuatkan keadaan sedia ada semakin keruh.

Apa tidaknya baru sahaja reda mengenai isu ketidakpuasan hati netizen kerana pasangan, Fattah dan Fazura yang tidak dicalonkan dalam kategori couple meletop.

Kali ini, timbul pula lagi satu isu baharu membabitkan rancangan siaran secara langsung terbitan Astro itu.

Seperti sedia tahu, pelakon, Izreen Azminda dan suaminya, Muhammad Radzi atau lebih dikenali sebagai Ude adalah antara nama yang tercalon dalam kategori tersebut.

Perkara tersebut nampaknya mula membuatkan segelintir netizen tidak senang duduk dengan pencalonan itu.

Rata-rata beranggapan pihak Astro seolah-olah tiada common sense serta tidak menghiraukan perasaan isteri pertama Ude.

Bagaimanapun, hal itu hanya pandangan peribadi netizen dan mungkin pihak Astro mempunyai alasan tersendiri mengapa nama Izreen dan Ude dicalonkan dalam kategori itu

Untuk kes Fattah Aminz dan Fazura yang tidak di calonkan pula Ketua Strategi Kandungan dan Inovasi Astro, Namanzee Haris menafikan AME sengaja tidak mencalonkan mereka tetapi ia termaktub dalam terma dan syarat pencalonan.

“Untuk pengetahuan, senarai pencalonan dibuka bermula 15 November 2016 sehingga 14 November tahun lalu dan terbuka kepada pasangan popular yang berkahwin sebelum tarikh akhir pencalonan.

“Dalam isu pasangan ini, mereka bernikah 27 November lalu dan secara automatik tidak layak dicalonkan. Memang pada awalnya, barisan panel terbabit cuba untuk menyenaraikan nama mereka tetapi kami perlu

bersikap telus dan adil.

“Kami sudah menjangkakan kekecohan akan berlaku tetapi perlu diingat AME bukan acara anugerah sebarang yang diwujudkan sekadar suka-suka. Kami ada penilaian dan peraturan tersendiri serta tidak boleh melanggar syarat sedia ada,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun kata Namanzee, pasangan itu dicalonkan dalam kategori lain.