Sebab 'Petik' Nama Fazura Masa Live TikTok, Neelofa Komen Panas Kat Follower!

TERKINI
August 11, 2022 - 04:56 PM


Pengacara dan usahawan popular, Neelofa meluahkan rasa kurang senang terhadap komen seorang netizen yang dilihat sengaja memanaskan keadaan ketika dia sedang membuat siaran langsung di TikTok.

Menerusi video yang tular, seorang pengguna TikTok dikenali Diana meninggalkan komen yang berbaur 'provokasi' apabila membayangkan ada selebriti lain turut sama mengeluarkan produk inai sepertinya.

"Kalau Fazura keluar inai mesti lagi best," tulis Diana di ruangan komen.

Tidak selesa apabila nama selebriti lain 'dipetik' di ruangan komen, Neelofa meminta Diana disekat daripada mengikutinya.

"Tolong sekat si Diana ni, serabut betul komen dia," kata Neelofa ringkas selepas membaca komen berkenaan.

Menerusi sesi siaran langsung itu, Neelofa dan suami berkongsi tentang produk mereka serta perancangan untuk melancarkan produk kecantikan.

Dalam pada itu, nama Diana juga trending dan diperkatakan oleh netizen di Twitter.

VIDEO PENUH 

Sumber: Harian Metro

Destination: