
Netizen Kutuk Penampilan Sheila Rusly Tak Kena Dengan Usia
VIRALKalau sebelum ini, penerbit Sheila Rusly pernah dikecam oleh netizen kerana berpakaian ala-ala makcik kerita rakaman Ketuk-Ketuk Ramadhan.
Kali ini, dengar cerita kena ‘bahan’ lagi akak sorang ni disebabkan fesyennya yang dikatakan ‘over’ untuk usianya.
Haish, pening jugak nak hadam permintaan netizen ni. Orang tu pakai macam makcik, kena kecam, dia dah style sikit, kena kecam jugak. Apa sebenarnya yang netizen nak? Akak Jemah pun tak faham lah.
Menurut satu posting di laman Instagram milik akak Sheila ni, ada seorang netizen DM dia dan bagi ayat pedas “kau tu dah la tua! Tak payah sibuk nak style sangat!”. Memang cantik betul bahasa netizen.

Tapi itulah, dari segi susunan bahasa, Akak Jemah yakin ni mesti budak-budak wicet jugak ni. Alah, sama dengan kes Dua Lipa haritu. Budak baru kenal apa itu Instagram. Hihihi.
Tapi, yang bestnya… Sheila Rusly ni bukanlah seorang yang jenis cepat melatah. Pada dia, selagi masih mengekalkan imej wanita muslimah dan tidak melampau batas, tak ada masalah.
Chill je Kak Sheila, budak tu jealous agaknya… Hehehe… Haish, macam-macam lah netizen ni.
=Akak Jemah=
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video