Netizen Sebak, Ebit Lew Hadiahkan Kereta Buat Ibu Kerja Rider Sambil Gendong Anak OKU

TERKINI
November 04, 2022 - 03:29 PM


Biarpun dihambat kontoversi pendakwah bebas, Ebit Lew menghadiahkan sebuah kereta buat ibu tunggal yang viral bekerja sebagai rider penghantar makanan sambil mengendong anak orang kelainan upaya (OKU)

Wanita tabah tersebut bernama Azimah Abd. Rahim, berusia 37 tahun. Ebit berkata, melihat keadaan Azimah, turut membuatkan beliau sebak dan sayu ketika menziarahinya di rumahnya hari ini.

“Menangis akak terharu dalam kereta sambil peluk anaknya. Tak sangka dapat rezeki begini. Kuatnya seorang ibu demi membesarkan anak dengan kerja menghantar makanan.

“Hari ini kami hadiahkan sebuah kereta supaya akak ni boleh kerja menghantar barang dan makanan menggunakan kereta,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Selain itu, Ebit memberitahu, dia dan pasukannya juga telah mencarikan sebuah rumah tahun lalu untuk Azimah termasuk menyediakan bayaran sewa bulanan sehingga kini.

“Kami cuba bantu nak carikan pengasuh, tetapi anak ini aktif dan tidak mahu orang lain. Beberapa pengasuh tak dapat menjaganya kerana memelukan perhatian 24 jam daripada ibunya.

“Menangis bila jumpa akak ni. Katanya dari arwah maknya ingin jumpa saya. Setiap hari doakan saya,” ujarnya.