"Nohh Kantoi" - Wanita Arab Sembunyi Vape Dalam Coli

TERKINI
June 22, 2023 - 05:57 PM


Sepasang individu dipercayai warganegara Arab di Mata Ayer, Perlis kantoi melakukan pencurian di sebuah kedai menjual barangan rokok elektronik selepas kegiatan mereka dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.

Video mengenai insiden itu yang tular di media sosial sejak semalam mendedahkan modus operandi digunakan pasangan lelaki dan wanita tersebut untuk memperdaya penjaga kedai terbabit.

@are_lifz11 #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #perlis #vapelegacyperlis ♬ bunyi asal - Are Lifz

Klip berdurasi dua minit 49 saat itu menunjukkan lelaki tersebut dilihat cuba mengalih perhatian penjaga kedai dengan membuat pertanyaan sambil rakan wanitanya mengambil salah satu barang yang terletak di atas kaunter jualan dan sembunyikan dalam colinya.

Lelaki warga asing itu turut meminta pekerja berkenaan untuk membuka mesin duit di kaunter untuk melihat beberapa jenis wang tunai. Pekerja lelaki terbabit menurut saja dengan permintaan tersebut dan menunjukkan beberapa wang tunai kepadanya.

Lelaki terbabit dilihat agak melebih-lebih apabila turut masuk ke belakang kaunter jualan untuk melihat barangan jualan yang dipamerkan di atas rak kedai berkenaan.

Namun kegiatan itu difahamkan disedari oleh pekerja tersebut selepas menerima panggilan daripada seseorang dikatakan mempunyai akses melihat CCTV berkenaan secara langsung pada waktu itu.

Dah ambil vape dan sorok dalam baju dalam, wanita itu dilihat segera terlebih dahulu meninggalkan kedai terbabit ketika rakan lelakinya masih berbual dengan pekerja kedai tersebut.

Ketika Pak Arab terbabit mahu keluar dari kedai tersebut, pekerja berkenaan bertanyakan kepada lelaki tersebut sama ada rakan wanitanya mengambil barangan dari kedai tersebut tanpa membuat bayaran.

"Hampa kalau nampak Pak Arab dua ekor ni dekat Perlis, hati-hati. Kalau dapat boleh bawa pergi balai polis terus. Datang kedai curi barang" menurut caption dalam video tersebut.

Terdapat juga netizen mendakwa turut pernah berhadapan dengan situasi sama ketika bekerja di kaunter.

"Saya pernah kena macam ni masa jadi penjaga kaunter dulu. Kalau bab duit dalam drawer tak kira apa alasan sekalipun memang tak akan pernah buka selain nak bagi baki je. Itu pun drawer tutup sepantas kilat" tulis meymie09.

Harap lepas ni korang berhati-hati ketika bekerja, tambah-tambah lagi kepada yang bertugas di kaunter yang terdedah dengan pelbagai risiko dan bahaya.

Sumber berita dan gambar : Majoriti