"Oyen Buat Hal, Patut Kena Saman!" - Netizen Puji Pegawai JPJ & Orang Awam Selamatkan Kucing Tengah Highway

TERKINI
August 30, 2022 - 03:38 PM


Antara perkara yang menguji kesabaran khususnya yang duduk di bandar, sudah semestinya bila kita tersangkut dalam 'jam'! Dugaan bertambah berat bila ketika itulah rasa nak buang air, lapar, nak sampai cepat ke destinasi eh semua lah ada.

Namun, yang berlaku di highway Seberang Jaya membuat netizen terhibur dan hairan. Dengan tiba tiba, terdapat beberapa pegawai JPJ kelihatan sedang mencari sesuati di bawah beberapa-beberapa kenderaan.

@innchoker Ada haiwan dalam bahaya 😅 #fypdongggggggg #fypシ #jpjmalaysia #enforcementjpjpenang #animalsoftiktok #pecintakucing #saveanimals #jpj #catsoftiktok ♬ original sound - InnChoker

Rupanya-rupanya, pegawai JPJ terpaksa berhentikan trafik di situ demi menyelamatkan seekor "Oyen" yang berlari-lari di tengah jalan. Dek kerana si Oyen, habis berhenti semua kereta motor. Nasib baik berjaya diselamatkan!

Tahniah abang-abang JPJ dan orang awam yang sudi membantu dan bersabar! Salute!

I

Destination: