Padang Terap Kecoh! Baner Kempen Ditampal Atas Baner Wajah Sultan & Sultanah Kedah!

TERKINI
November 14, 2022 - 04:07 AM


Berbaki tak sampai seminggu lagi menjelang Hari Pengundian pada 19 November nanti -- kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 semakin panas dan kecoh!

Terbaharu berlaku satu kejadian yang memalukan di Padang Terap, Kedah apabila sebuah baner gergasi kempen Perikatan Nasional yang memaparkan gambar Menteri Besar Kedah dan calon PN Parlimen Padang Terap ditampal atau ditepek di atas baner Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan Sultanah Kedah.

Menurut Twitter @cikyaniee, baner tersebut dipasang pada Khamis lepas 10 November 2022 bersempena program MB ke Padang Terap pada 11 November 2022.

Namun tindakan menindih baner program kempen itu di atas baner Sultan Kedah dianggap sebagai suatu tindakan derhaka dan penghinaan secara terbuka kepada institusi Diraja.

Bagaimanapun dikatakan selepas ia dilaporkan kepada Majlis Daerah Padang Terap -- baner tersebut telah  diturunkan pada malam Jumaat, 11 November.

Tindakan biadap PN itu diselar oleh netizen yang beranggapan mereka terlalu taksub untuk berpolitik sehingga tidak menghormati institusi Diraja Melayu.

Bukan itu sahaja malah netizen juga mengecam pihak pimpinan PN kerana dikatakan tidak membuat permohonan maaf secara terbuka atau mengungkapkan sebarang kekesalan di atas kejadian berkenaan.

 

Destination: