
Pakai Jersi Manchester United Lepas Tu Curi Kabel di Stesen MRT
VIRALIni memalukan bagi seluruh penyokong Manchester United! Tindakan seorang Lelaki berjersi Manchester United ceroboh MRT dan mencuri kabel dan menyebabkan train kelewatan.
Walaubagaimanapun Polis bantuan RapidKL berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki mencuri kabel di stesen MRT pada Rabu selepas suspek memasuki trek.
Melalui posting di Facebook, RapidKL berkata perkhidmatan kereta api biasa sudah beroperasi semula dan meminta maaf atas sebarang ketidakselesaan yang terjadi.
Pengendali perkhidmatan MRT juga menyiarkan gambar lelaki yang ditangkap itu, namun wajahnya dikaburkan.
Lelaki terbabit memakai pakaian yang kelihatan seperti jersi Manchester United.
Terdahulu, RapidKL berkata mereka mengalami gangguan kerana diceroboh di antara stesen Pusat Bandar Damansara dan Phileo Damansara.
Beberapa penumpang mengadu bahawa mereka mengalami kelewatan perjalanan.
Agaknya perangai penyokong Manchester United memang macam ni ya?
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video