"Panjang Sabit Tu!" - Netizen Cemas, Lelaki Amuk Libas Sabit Di Jalan Raya

VIRAL
February 02, 2023 - 04:27 PM


Pengguna jalan raya di hadapan pejabat MARDI Daerah Pasir Puteh dikejutkan dengan kejadian amuk seorang lelaki menggunakan sabit dan merosakkan kereta di situ.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, cermin hadapan sebuah kereta pecah namun tiada orang awam yang cedera.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai tukang kebun ditangkap 20 minit kemudian.

"Suspek pernah ditangkap mengamuk pada tahun 2019 dan dia mempunyai sakit mental.

"Kita berharap tiada pihak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar berhubung video yang tular," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, terdahulu, orang awam membuat panggilan telefon kepada polis berhubung tindakan suspek yang menaiki motosikal dan kemudiannya mengamuk di tengah jalan raya.

Destination: 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video