Pasangan Pengantin Baru Ditahan Akibat Ganggu Tugas PDRM.

TERKINI
December 12, 2017 - 10:30 AM


Bagi pasangan pengantin, majlis perkahwinan yang sempurna adalah sesuatu yang diinginkan. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku kepada pasangan pengantin baru dari Alor Setar ini.

Gara-gara membantu seorang rakan mereka melarikan diri daripada pihak polis, pasangan tersebut terpaksa bermalam di lokap.

Kejadian berlaku di sebuah hotel di Jalan Putra pada hari Ahad lalu. Pengantin lelaki dikatakan telah mengalihkan perhatian pihak polis yang tiba di hotel berkenaan untuk menahan individu yang dikehendaki mereka atas beberapa kesalahan jenayah.

Menurut ACP Mohd Rozi, anggotanya telah dibaling cawan dan telah tercedera semasa dihalang oleh kira-kira 40 orang dipercayai kawan dan pengantin lelaki sendiri.

Lelaki yang dikehendaki tersebut berjaya melarikan diri dalam kekecohan yang dicetuskan oleh kumpulan ini.

Dalam pada itu, ACP Mohd Rozi menambah, sesiapa yang melanggar undang-undang serta menghalang atau menganggu anggota PDRM melakukan tugas akan berdepan tindakan undang-undang. 

 

Sumber : The Star