"Ingat Kalau Brek Boleh Terus Berhenti?" - Netizen Persoal Tindakan Juruiring Yang Marah Lori Lambat Berhenti
TERKINISetiap kenderaan yang mahu memperlahankan atau memberhentikan kenderaan memerlukan jarak dan tempoh masa yang berbeza. Bagi kenderaan kecil, tidak sukar untuk memberhentikan kenderaan serta merta berbanding dengan kenderaan besar yang memerlukan jarak dan masa kerana bebanan saiz yang dibawa.
Perbezaan tersebut menjadi tumpuan netizen baru-baru ini apabila tular sebuah video dashcam di X yang menunjukkan sebuah lori terpaksa brek mengejut selepas salah seorang juruiring memberhentikan motosikalnya di tengah-tengah jalan.
Ni ke SOP pihak Polis tahan kereta suruh berhenti demi escort VIP. Yg ko tahan tu lori tau, ingat sesuka hati boleh berhenti dengan brake mengejut mcm kreta, klau muatan belakang tu, mmg sodõl dh...
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) February 22, 2024
Kredit video owner pic.twitter.com/ZSDMuLzaCT
Di awal video tersebut menunjukkan pemandangan lori bergerak di lorong kiri yang kemudiannya datang seorang juruiring dari susur masuk kiri memperlahankan motosikal di hadapan lori tersebut.
Kemudian, juruiring tersebut mengangkat tangan untuk meminta pemandu memperlahankan dan memberhentikan lori untuk memberi laluan dipercayai untuk golongan VIP.
Walau bagaimanapun, lori tersebut masih bergerak perlahan sebelum berhenti sepenuhnya apabila juruiring dilihat 'marah' kepada pemandu tersebut. Tindakannya mengarahkan lori berhenti secara mengejut itu menyebabkan ramai wargamaya mempersoalkan kredibiliti juruiring tersebut.
Malah, ramai yang meminta pihak berkuasa untuk menyemak semula SOP juruiring memberhentikan kenderaan lain semasa berada di tengah-tengah jalan raya.
"Dia ingat myvi ke?
"Aku tengok polis macam ini sikit pun aku tak respect, cara kerja dan kompetensi polis ni langsung tidak memuaskan atau pun cemerlang. Bawah Taraf. Mohon pdrm kaji balik sistem ni atau naik taraf kepada sistem yang lebih baik agar anggota pdrm lebih kompetensi dan cemerlang.
"@PDRMsia betul ke SOP escort mcm ni? Kalau kereta mungkin boleh kot tahan macam ni. Ni lori kot bukan pakai brek brembo," tulis mereka.
Sumber: X