Pelari Somalia Pakai 'Kabel' Catat Masa Terburuk Di Sukan Universiti Dunia

TERKINI
August 03, 2023 - 05:25 PM


Video yang baru saja tular memaparkan 'atlet' pelari pecut Somalia seakan 'bersenang-lenang' menamatkan masa terburuk dalam acara larian 100 meter pada kejohanan Sukan Universiti Dunia.

Menteri Belia dan Sukan Somalia, Barre Mohamud baru-baru ini membuat permohonan maaf atas insiden yang berlaku pada kejohanan itu di China yang melibatkan salah seorang atlet wanita negara berkenaan.

Menurut video yang tular berkenaan, Nasra Abukar Ali, 20 tahun telah menarik perhatian ramai semasa menyertai acara larian.

@news.com.au Nepo baby what? πŸƒβ€β™€οΈ The runner was revealed to be the niece of Somali Athletic’s chairwoman, who was ordered to step down #running #athletesoftiktok #athletics #worlduniversitygames ♬ sonido original - β™« β™ͺ π’΄π’Άπ“ƒπ’Ώπ“Šπ“π“‚π’Άπ“‡π“‰ β™« β™ͺ

Larian β€˜paling perlahan’ dalam acara 100 meter tersebut telah membuatkan Nasra menjadi tumpuan kerana dia menamatkan acara tersebut melebihi 20 saat, 10 saat di belakang peserta lain sambil berlari β€˜girang’ merentasi garisan penamat 100 meter pada kejohanan tersebut. 

Menurut laporan, Mohamud yang membuat permohonan maaf atas penyertaan Nasra tersebut juga mendedahkan pengerusi persekutuan olahraga negara, Khadija Aden Dahir telah menggunakan hubungannya untuk mendapatkan Nasra Abukar yang merupakan saudaranya ke Sukan Universiti Dunia berkenaan.

Lebih mengejutkan, siasatan yang dijalankan bersama Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Somalia tersebut mendapati Nasra bukanlah seorang pelari mahupun atlet.

Memeranjatkan apabila pihak Kesatuan Universiti Somalia pun tidak mengetahui tentang adanya pelari dari negara mereka dihantar untuk mengambil bahagian di China.

Tambah Mohamud lagi, Khadija secara jelas telah menyalahgunakan kuasa, mengamalkan nepotisme dan mencemarkan nama negara di arena sukan antarabangsa. Berdasarkan hasil siasatan berkenaan, Pengerusi Sukan Olimpik Kebangsaan Somalia digesa untuk memecat Khadija Aden.

Dalam masa yang sama, kementerian dengan tegas menyatakan hasrat mereka untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Persekutuan Olahraga Somalia dan individu yang bertanggungjawab atas pemalsuan yang berlaku ke atas Persatuan Sukan Universiti Somalia.