Pemandu Malaysia Selalu Buat Hal di Singapura - Nas Daily

TERKINI
September 12, 2018 - 01:15 PM


Beberapa hari yang lepas kecoh tentang video dari selebriti media sosial iaitu Nas Daily yang memuatnaik satu video tentang "How Singapore Drives". Rata-rata rakyat Malaysia agak kurang senang dengan video ini kerana kita sendiri sedia maklum bahawa driver Singapura yang memandu di Malaysia agak kurang ajar dan tidak seperti digambarkan oleh Nas Daily. 

Dalam sedutan di dalam video terdapat beberapa scene yang mengatakan pemandu Malaysia selalu buat hal di Singapura terutama dalam parkir kereta.

Ramai berpendapat disebabkan Nas Daily tidak boleh memasuki Malaysia, beliau tidak tahu perangai sebenar pemandu dari Singapura sebaik sahaja mereka melepasi sempadan Singapura.

Kebanyakkan (bukan semua) pemandu dari Singapura apabila berada di Malaysia, mereka merasakan mereka above the law dan dapat buat apa sahaja. Ini termasuklah memandu lebih had laju, memarkir di kawasan yang tidak sepatutnya dan banyak lagi.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan Berita Harian, Sebanyak 61,057 saman membabitkan kenderaan warga asing masih belum dijelaskan dengan 37,506 saman membabitkan warganegara Singapura, sejak tahun 2014.

Diharap selepas ini Nas boleh buat kajian terlebih dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi. Sayang sekali banayk video Nas berkualiti namun disebabkan video ini ramai hilang hormat kepada Nas.